Few months back, in the news reported a family in KK
whom have been able to keep their maid working for them
diligently for more than 25 years!!!
That's a big WOW! O.O
I wonder how did they do it?? -.-@
********
It's not easy to keep a maid.
It's not that easy to find a maid and it's difficult
to find a good maid.
But it's very difficult to retain a good maid.
My maid has been coming and going for various known
and unknown reason. Fingers can be pointed to anyone,
but the end point is my family is in need of extra hand
to manage things in the house especially our child.
Now (recently) we got our 6th maid and I'm determine to keep
this one with my best care as employer ^.^
The BIG question is; how to be a good employer effectively?
How to be able to keep a maid servicing your family at best,
in a win-win situation.
Now, that's hard.
How did you do it people?
******
Wifey send me this article and I think it's a valuable sharing.
It's a bit long though and in Malay/Indonesian language.
TIPS Menggaji Pembantu Rumah Indonesia
03 Feb 2009
Merapatkan jurang budaya di antara dua benua dan persehaman antara dua darjat adalah suatu tugas yang amat sukar. Namun toleransi dan persefahaman mampu meredakan tegangan. Tips-tips di bawah mungkin boleh membantu anda bagi memahami pembantu dan mengurangkan jurang persefahaman terutama dalam tempoh penyesuaian di tahun pertama.
1) Benarkan pembantu menghubungi keluarga di Indonesia apabila tiba memulakan kerja dirumah majikan. Kod panggilan murah Celcom 1310062xxxxxx Maxis 1320062xxxx. Digi 0062... Biasanya hp bermula dengan 8xxx . jika nombor yang diberikan bermula 08xx, abaikan 0. Contoh : 081375869008 ditukar kepada 132006281375869008 . Kod Indonesia ialah 0062 jika menggunakan Ring-Ring Card.
2) Pastikan makanan ruji (nasi) yang mencukupi untuk pembantu. Majikan selalu mengharapkan pembantu membuat seperti rumah sendiri. Sebaliknya pembantu biasanya segan untuk makan apa lagi dengan kehadiran majikan. Bertanyalah sekiranya pembantu belum makan dan suruhlah mereka makan dan rehat walaupun kadang-kadang mereka segan.
3) Pastikan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pembantu. Pembantu biasanya segan untuk berehat dengan kehadiran majikan.Waktu bekerja yang lazim 5.30 am hingga 10.00 pm. Rehat sewajarnya dalam tempoh itu.
4) Cuti sehari seminggu seperti peraturan imigresen boleh diganti dengan bayaran ganjaran sewajarnya oleh majikan seperti pemberian bonus pada akhir tahun atau cuti bergaji penuh pada akhir tahun. (misalnya pembantu balik bercuti awal sebulan daripada tamat kontrak).
5) Majikan sebaiknya jangan membawa masalah dan tekanan ditempat kerja ke rumah sehingga bertindak kasar dengan pembantu kerana masalah di tempat kerja.
6) Pembantu adalah manusia biasa yang bersosial. Jangan menyisihkan pembantu dan anggap mereka sebahagian keluarga yang harmoni. Jika membeli jajan, jangan hanya dibeli untuk kita sekeluarga sahaja. Beri mereka makan apa yang kita makan. Jangan sampai kita kenyang mereka lapar, kita gembira mereka bersedih, kita makan mereka lihat sahaja.
7) Jangan mudah menengking dan meninggikan suara jika pembantu membuat kesalahan. Pembantu mungkin sensitif tetapi memendam rasa. Mereka manusia biasa yang ada perasaan dan perlu dihormati sebagai pekerja. Ajari dan teguri secara berhemah.
8) Selalu bertanya keperluan asas mereka seperti perubatan, ubat dan berus gigi, sabun, tuala wanita dan lain-lain. Mereka mungkin segan untuk memberitahu majikan. Jangan sampai sehingga mereka mencuri guna barang majikan. Perbelanjaan keperluan asas, perubatan dan urusan permit mereka adalah tanggunggan majikan.
9) Pastikan pembantu tidak terlalu bebas. Pantau pergaulan sesama mereka mungkin mereka selalu bercakap perkara buruk tentang majikan dan membanding-banding. Tidak digalakkan pembantu memiliki handphone kecuali dirasakan sangat perlu. Awasi penggunaan dan bil telefon rumah anda.
10) Awasi pembantu sekiranya terdapat pekerja Indonesia yang berhampiran biasanya pekerja kontrak. Pembantu boleh cepat terpengaruh dengan pujukan lelaki. Jangan mudah percaya jika pembantu mungkin menyatakan mereka adalah saudara terdekat.
11) Awasi jika ada sindiket yang mendekati pembantu menawarkan pendapatan yang lumayan, memujuk pembantu melarikan diri.
12) Keinginan untuk bersosial dan seks adalah naluri biasa manusia, namun pantau agar ianya berada di landasan yang dibenarkan. Jangan sampai tindakan mereka melampaui batas seperti bergaul atau berkhalwat .
13) Jangan terlalu percaya kepada pernyataan pembantu rumah. Pembantu mungkin tidak bercakap benar demi menyembunyikan kesilapan dan kelemahan kerana mungkin takut kepada majikan.
14) Jangan menimbulkan kesangsian yang sembarangan kepada pembantu kerana ia akan menimbulkan ketidakselesaan untuk pembantu bertugas seterusnya. Sediakan bukti yang kukuh jika terdapat kes-kes kehilangan barang atau kes-kes lain.
15) Simpan passport dan buku bank pembantu ditempat yang selamat jangan sampai diambil oleh mereka. Passport jatuh ke tangan pembantu adalah peluang untuk berlakunya kes lari.
16) Majikan perlu membuka akaun bank, disarankan nama bersama majikan dan salah satu untuk transaksi. Tunjukkan resit kemasukan duit pada setiap bulan.
17) Jika pembantu menyatakan keinginan untuk pulang ke Indonesia kerana sebab-sebab yang dinyatakan, awasi, mungkin dia mempunyai masalah lain dengan majikan dan tidak akan kembali lagi.
18) Jika perlu pegang gaji pembantu sekitar 3 bulan gaji untuk mengelakkan kes-kes lari. Kadang-kadang pembantu memerlukan pinjaman daripada majikan untuk dihantar ke Indonesia, bersederhanalah dalam menghulurkan pinjaman tersebut.
19) Kebanyakan pembantu adalah daripada golongan miskin dan perantau mencari rezeki yang halal. Berlebih kuranglah dalam urusan kewangan dengan mereka, jangan terlalu berkira, semoga kita dimurahkan rezeki oleh Allah.
20) Pembantu anda adalah manusia yang unik sifat-sifat dan kebolehan masing-masing. Elakkan membanding-bandingkankan dengan pembantu sebelumnya atau pembantu orang lain yang lebih baik. Jangan terlalu memikirkan sikap buruk pembantu sebaliknya hargai sikap baik mereka dan manafaat yang kita perolehi. Terlalu memikirkan dan memperhatikan kelemahan tanpa memperbetulkannya hanya akan menambahkan masalah rumahtangga.
21) Pembantu biasanya adalah golongan yang kurang berpendidikan dan taraf sosio ekonominya rendah. Majikan harus faham keupayaan pembantu dan janganlah mengharapkan sesuatu yang melebihi kemampuan pembantu. Tatacara bekerja disetiap rumah juga adalah berbeza.Ajari pembantu dengan jelas dan sabar. Kadang-kadang pembantu perlu diajar berulang-ulang tentang sesuatu perkara.
22) Jangan memberi kepercayaan 100% kepada pembantu tentang perkara yang kritikal seperti keselamatan. Contohnya anda perlu sekali-sekala memantau adakah pintu atau pagar telah dikunci sebelum pergi tidur, penjagaan barangan elektrik dan aspek-aspek keselamatan lain.
23) Setengah pembantu kurang memahami bahasa Melayu terutama daripada Jawa. Kadang-kadang mereka kurang memahami arahan majikan dan istilah bahasa Malaysia tetapi takut untuk bertanya. Semasa komunikasi bagi mengelakkan salah faham.
24) Ajari pembantu tentang budaya kita Malaysia dan fahami perbezaan budaya mereka. Pegangan agama mereka kadang-kadang lebih longgar. Tunjukkan cara berpakaian yang sopan dan beli pakaian yang sesuai untuk mereka jika perlu. Awasi jika ada pengamalan tahyul dan syirik atau merokok.
25) Awasi tahap kebersihan dan ajari langkah keselamatan terutama dalam penggunaan barangan elektrik jika perlu. Setengah rumah pembantu di Indonesia tidak berelektrik. Awasi pintu kereta yang selalunya tidak bertutup rapat.
26) Jangan mendera secara fizikal,emosi atau mencabul, ia boleh memudaratkan majikan sekiranya laporan dibuat kepada konsulat atau polis.Penggunaan bahasa kesat dan ugutan oleh majikan adalah contoh penderaan emosi yang sering berlaku.
27) Jangan terlalu memandang rendah kepada mereka kerana kita memerlukan khidmat mereka. Anggap mereka sebagai pembantu dan bukan orang suruhan. Jangan menghina atau memperli bangsa mereka dihadapan mereka kerana ini akan menimbulkan kebencian mereka kepada kita.
28) Jangan meninggalkan kotoran peribadi seperti tuala wanita yang sudah dipakai untuk diuruskan pembantu. Pembantu mungkin merasakan kehinaan.
29) Jika boleh ajak pembantu makan bersama kita. Ini boleh mengeratkan perhubungan dan mempastikan beliau tidak memasukkan ramuan tambahan berupa ubat pengasih atau ubat penunduk dalam makanan. Kepercayaan tahyul amat berleluasa di setengah kawasan di Indonesia.
30) Layan pembantu dengan baik seperti mana kita mahu majikan kita berlaku baik kepada kita. Keseronakan mereka bekerja dan berkhidmat dengan kita harus dipupuk supaya majikan dan pembantu sentiasa mempunyai hubungan yang baik ,balasannya kita akan rasa anak-anak dan hartabenda kita sentiasa selamat .
31) Pembantu mungkin terasa tersinggung dengan kata-kata kesat anak-anak kita walaupun masih kecil. Pembantu mungkin tidak berani menegur anak-anak sebaliknya memendam rasa. Tegur anak-anak jika perlu. Pembantu juga mempunyai hak perlindungan daripada majikan sepertimana anak-anak berhak mendapat perlindungan.
32) Barang berharga seperti barang kemas harus disimpan dengan baik bagi mengelakkan kes kecurian. Jika pembantu hendak pulang sebaiknya periksa beg pembantu dan barang simpanan kita sebagai langkah keselamatan jika dirasakan perlu. Jangan terlalu percaya walaupun pada zahirnya pembantu nampak baik dan alim. Jangan pula terlalu mencurigai sehingga menimbulkan rasa tidak selesa bagi pembantu.
33) Anda tidak perlu menguji kejujuran pembantu, kebanyakan mereka adalah tidak jujur. Bayangkan mereka adalah daripada golongan bawahan dan anda perlu mengakui banyak kelemahan mereka.
34) Majikan tidak digalakkan memberi pelepasan cuti pembantu dan bermalam ditempat lain. Rancang cuti bersama pembantu atau tinggalkan pembantu dirumah saudara terdekat jika perlu. Pergaulan pembantu yang luas biasanya mengundang masalah.
35) Pemberian hadiah adalah kaedah terbaik dalam memupuk kemesraan dan kasih-sayang antara seorang majikan dan pembantu.Lakukan yang anda fikirkan terbaik kerana pembantu adalah asset anda. Pemurahlah dengan orang yang sebenarnya banyak membantu kehidupan kita kerana mereka penjaga pada anak kita masa kita bekerja. Layani mereka sebagai seorang yang banyak berjasa kepada kita sekeluarga.
36) Elakkan pergaduhan dan pertengkaran yang berlanjutan dengan pembantu kerana ianya mengaibkan. Mereka kadang-kadang nekad untuk melarikan diri apabila terasa tersisih/tidak dihargai oleh majikan. Sebagai majikan gunalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan sebarang masalah.
37) Majikan harus tegas dalam hal yang perlu tetapi mesti menjadi majikan yang penyayang dan berhati mulia bagi menimbulkan seseronakkan bagi pembantu bekerja dalam tempoh kontrak kerana ia suatu jangkamasa yang agak lama.
38) Bayaran perubatan di hospital kerajaan untuk pekerja asing adalah tinggi. Untuk kes kematian bayaran menghantar jenazah disekitar RM6000 atau lebih. Mengambil insurans akan mengurangkan beban majikan. Bayaran insurans Takaful Nasional adalah RM60 setahun.
39) Pembantu adalah manusia biasa yang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Amat sukar untuk mencari pembantu yang sempurna. Pembantu muda mungkin senang mengikut arahan tetapi mungkin cepat terpengaruh dengan lelaki. Pembantu tua mungkin kurang terpengaruh dengan lelaki tetapi kadang-kadang sukar untuk memahami arahan.
40) Tidak perlu memarahi pembantu dalam soal yang kecil atau remeh walaupun besar pada pandangan kita. Tegur dengan berhikmah contohnya jika pembantu menggunakan telefon atau barangan tanpa kebenaran kita. Ada kemungkinan pembantu melarikan diri kerana merasa bersalah atau kesalahannya akan diketahui.
41) Jangan memandang ringan soal hak pembantu kerana mungkin pada pandangan pembantu adalah suatu yang besar. Contohnya masalah gaji tidak dibayar dengan penuh atau dipotong tanpa hak, barangan dirampas dan sebagainya, kerana dikhuatiri pembantu akan berdendam dan mengambil tindakan yang diluar dugaan.
42) Dapatkan penilaian pembantu terhadap kita dengan mendapatkan maklumbalas orang yang dekat dengan beliau contohnya pembantu rumah saudara kita. Jika pembantu mengatakan majikan kejam, mungkin kerana beliau merasa tertekan kerana selalu dimarahi. Jika mengatakan majikan pelit (kedekut) mungkin majikan terlalu berkira dengan pembantu. Jika mengatakan majikan tidak bagi cukup makan bermakna majikan tidak pernah menjaga hal ehwal makan minum mereka atau mereka merasa sukar untuk mendapat masa yang sesuai untuk makan.
43) Berusahalah mendidik pembantu terutama tentang agama. Pembantu agak daif dalam hal ini. Paling tidak bersama-samalah bersembahyang dengan ahli keluarga, kecuali berlainan agama.
44) Tunjukkan kasih saying dan perihatin anda kepada pembantu seperti mereka sebahagian daripada keluarga kita. Ambil berat tentang kesihatan dan kebajikan mereka.
45) Ingatlah segala pemberian,layanan,tuturkata dan perbuatan baik kita terhadap pembantu takkan sia-sia dan pastinya akan mendapat ganjaran yang sawajarnya di akhirat nanti. Sebaliknya juga.
Pembantu adalah asset anda. Uruskan mereka dengan baik dan kita memperolehi pelbagai manafaat daripadanya. Sekiranya kita tidak menguruskan dengan baik tidak mustahil kita akan kehilangannya.
Berikut adalah kemungkinan faktor-faktor pembantu rumah melarikan diri:
Faktor Majikan
1) Selalu dimarahi tanpa berhikmah oleh majikan atau penghuni rumah yang lain seperti ibu bapa dan mertua.
2) Pembantu selalu ditengking dan diarah dengan suara yang tinggi.
3) Keadaan kerja yang memenatkan dan majikan tidak pernah bertanya dan mengambil hirau keadaan tersebut.
4) Keadaan persekitaran kerja yang tertekan atau kehidupan seumpama tahanan di rumah.
5) Pembantu merasakan majikan tidak memberikan cukup makanan ruji untuk mereka melakukan kerja. Majikan tidak pernah menjemput pembantu makan dan tidak pernah mengambil berat tentangnya. Biasanya akibat pembantu merasakan kekok untuk makan lebih lagi dengan kehadiran majikan.
6) Tidak tahan dengan kerenah anak-anak atau ahli rumah yang selalu menghina pembantu.
7) Majikan kurang berkomunikasi dengan pembantu menyebabkan pembantu merasa tersisih, terkongkong atau kesunyian.
8) Keadaan kerja yang terlalu terkongkong dan kadang-kadang tidak ada peluang langsung untuk bersosial.
9) Pembantu didera secara fizikal
Faktor Pembantu
1) Dipengaruhi oleh pembantu jiran-jiran.
2) Pengaruh kenalan lelaki atau perempuan
3) Ditawarkan gaji dan kerja yang lumayan oleh kenalan atau sindiket.
4) Mengikut suami atau teman lelaki
5) Pengaruh dari keluarga di Indonesia.
6) Pembantu merasa tidak selamat akibat diancam atau khuatir tidak dibayar gaji.
7) Pembantu risau akan hilang kebolehan bercakap akibat terlalu jarang berkomunikasi.
8) Memang berniat untuk lari. Biasanya akan lari dalam tempoh beberapa hari dari ketibaan.
9) Pembantu menemui barang-barang berharga yang nilainya melebihi gaji mereka jika berkerja sehingga tamat kontrak.
10) Pembantu melakukan kesilapan besar dan takut berhadapan dengan majikan, contohnya merosakkan barang berharga.
11) Pembantu menemui passport merupakan peluang untuk membebaskan diri.
Cerita Sedih
>>>>Date: Fri, 14 May 2004 14:32:13 +0700
>>>>To: (Recipient list suppressed)
>>>>From: Lenny Halim
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berayun-ayun di atas buaian yang dibeli bapanya,ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di halaman rumahnya.
Suatu hari dia melihat sebatang paku karat. Dia pun mencoret semen tempat mobil ayahnya diparkirkan tetapi kerana lantainya terbuat dari marmer, coretan tidak kelihatan. Dicobanya pada mobil baru ayahnya.Ya... kerana mobil itu bewarna gelap, oretannya tampak jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun membuat coretan sesuai dengan kreativitasnya.
Hari itu bapak dan ibunya bermotor ke tempat kerja kerana macet ada perayaan Thaipusam. Setelah penuh coretan yang sebelah kanan dia beralih ke sebelah kiri mobil. Dibuatnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan lain sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu berlangsung tanpa disadari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran angsuran. Si bapak yang belum lagi masuk ke rumah ini pun terus menjerit, "Kerjaan siapa ini?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar.
Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan lebih2 melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !" "kamu dirumah sepanjang hari, apa saja yang kau lakukan?" hardik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari kamarnya. Dengan penuh manja dia berkata "Ita yang membuat itu abahhh.. cantik kan!" katanya sambil memeluk abahnya ingin bermanja seperti biasa.
Si ayah yang hilang kesabaran mengambil sebatang ranting kecil dari pohon bunga raya di depannya, terus dipukulkannya berkali2 ke telapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul telapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan saja, seolah merestui dan merasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah terbengong, tidak tahu hrs berbuat apa?.
Si bapak cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.Setelah si bapak masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah Menggendong anak kecil itu, membawanya ke kamar.
Dilihatnya telapak tangan dan belakang tangan si anak kecil luka2 dan berdarah. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia ikut menangis. Anak kecil itu juga terjerit-jerit menahan kepedihan saat luka2nya itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu.
Si bapak sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.Pembantu rumah mengadu. "Oleskan obat saja!" jawab tuannya, bapak si anak.Pulang dari kerja, dia tidak memperhatikan anak kecil itu yang Menghabiskan waktu di kamar pembantu. Si bapak konon mau mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah tidak pernah menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Kasih minum panadol ," jawab si ibu. Sebelum si ibu masuk kamar tidur dia menjenguk kamar pembantunya. Saat dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup lagi pintu kamar pembantunya.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahukan tuannya bahwa suhu badan Ita terlalu panas. "Sore nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai saatnya si anak yang sudah lemah dibawa ke klinik. Doktor mengarahkan ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di rawat inap doktor memanggil bapak dan ibu anak itu.
"Tidak ada pilihan.." katanya yang mengusulkan agar kedua tangan anak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu parah. "Ia sudah bernanah, demi menyelamatkan nyawanya kedua tangannya perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
Si bapak dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dunia berhenti berputar, tapi apa yang dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapak terketar-ketar manandatangani surat persetujuan pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas obat bius yang suntikkan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga heran2 melihat kedua tangannya berbalut kasa putih. Ditatapnya muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam siksaan menahan sakit, si anak bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tidak akan melakukannya lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa sedihnya.
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung histeris. "Abah.. kembalikan tangan Ita. Untuk apa ambil.. Ita janji tidak akan mengulanginya lagi! Bagaimana caranya Ita mau makan nanti? Bagaimana Ita mau bermain nanti? Ita janji tidak akan mencoret2 mobil lagi," katanya berulang-ulang. Serasa copot jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung2 dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah untuk menyukai apa yang kita dapat.." *SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs….
****************